Tuesday, June 26, 2012

Nabi SAW suka pada pakaian Putih & Bersih

Adalah Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sgt minat & gemar dgn pakaian putih & bersih, tertutama sekali pada hari Jumaat utk hadir Solat Jumaat & keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna lain.

Walaupun Nabi amat suka & minat pada pakaian warna putih tetapi pada hari raya Nabi selalu pakaian pakaian berwarna & baru(bersih).

"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH) dan DIA SUKA PADA YGPUTIH BERSIH."

Bagamana pula pakaian putih terhadap umatnya?

Pertama - Dalam kitab Bahrulmazi ada menyebut bahawa Siti Aishah RA menceritakan hadis Nabi SAW yg berbunyi :

"ADALAH NABI ITU BERMINAT DENGAN PAKAIAN YANG PUTIH BERSIH DAN BENCI PADA PAKAIAN YANG KOTOR."

Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi umatnya berpakaian dgn pakaian yg putih & bersih, terutama utk hadir Solat Jumaat & Jemaah, juga pada keramaian kerna mengikut perbuatan Nabi SAW.

Kedua - Adalah Nabi SAW memakai apa pakaian yg diperolehi, kain sarung / kain selendang / baju kemeja / jubah. Pakai yg berwana yg diminati oleh Nabi ialah warna HIJAU & kebanyakan pakaiannya berwarna Putih.

Beliau Bersabda :
"PAKAIKANLAH KAIN YG BERWARNA PUTIH ITU KEPADA ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP DARI KAMU, DAN KAFANKANLAH DENGAN KAIN PUTIH ITU AKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DARI KAMU"

Hadis ini tunjukkan bahawa sunat bagi kita sekalian memakai & beri pakai kepada anak mahupun keluarga pakaian yg berwarna Putih kerana mengikut perbuatan & suruhan Nabi SAW.

Nabi Muhammad SAW suka dengan baju kurung panjang (jubah) iaitu baju yg dijahit labuh. Nabi SAW juga suka kain yg tak berjahit iaitu kain Hirabah (Selendang) yg warna Hijau ditenun dari kapas berjalur yang datang dari Negeri Yaman. Nabi sehingga wafatnya suka pada kain ini & diserkupkan jenazahnya dengan kain ini.

Nabi SAW suka kain Hirabah itu, sebagaimana tersebut dlm hadis : Daripada Anas RA katanya :
"Adalah sekasih-kasih pakaian kepada Rasullah SAW itu dan yang juga selalu dipakainya ialah Hirabah."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...