Saturday, June 30, 2012

Aurat Wanita

Batas Aurat Wanita Di Rumah

Rasulullah s.a.w bersabda:

Telah berkata Aisyah r.a: " Sesungguhnya, Asma' binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis, " Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda,

"Wahai Asma', sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya."

" Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan,"

Aurat Kaum Wanita Di Rumah
Aurat yang boleh diperlihatkan di hadapan keluarga yang mahram

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami - mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami - anak tiri.
6. Saudara kandung - adik beradik
7. Wanita-wanita islam
8. Hamba-hamba yang dimiliki
9. Anak-anak saudara kandung
10. Pelayan yang sudah tua dan tidak memiliki lagi nafsu syahwat terhadap wanita.
11. Anak laki-laki yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Di depan selain mahram

Aurat wanita yang di dalam rumah dan di hadapan saudara atau orang yang bukan mahram sama dengan aurat wanita di luar rumah, ertinya wajib ditutup.


Aurat Wanita di luar rumah

Wanita islam apabila hendak keluar rumah diwajibkan menutup seluruh tubunya dan tidak menampakkan kecantikan dirinya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Sedangkan anggota tubuh yang lain adalah merupakan aurat yang harus disimpan dan ditutup.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Friday, June 29, 2012

Ijab Qobul

Erti dari Ijab Qobul :

''Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan Mas Kawinnya ''

Singkat, padat dan jelas. Tapi tahukan makna "perjanjian/ikrar'' tersebut ?

''Maka aku tanggung dosa2nya si dia dari ayah dan ibunya, dosa apa saja yang telah dia lakukan, dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat. Semua yang berhubungan dengan si dia, aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya... Yang menanggung, serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku''.

Jika aku GAGAL?

''Maka aku adalah suami yang fasik, ingkar dan aku rela masuk neraka, aku rela malaikat menyeksaku hingga hancur tubuhku''.
(HR. Muslim)

Duhai para isteri-

Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu, kerana saat di Ijab terucap, ArsyNya bergoncang kerana beratnya perjanjian yang di buat olehnya di depan Allah, dengan di saksikan para malaikat dan manusia, maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu, maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

10 Sikap Dicela Allah

10 sikap dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dlm tasauf Penawar Bagi Hati jelaskan 10 celaan Allah kepada manusia akibat kelakuan manusia  ketika menempuh kehidupan harian.

10 celaan sikap lazim manusia iaitu:

1. Gelojoh makan

Seorang kuat & tak sopan tika makan. Sikap ini bermaksud terlalu kenyang, sediakan makanan berlebihan & bawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia bercakap  sia-sia, fitnah, umpat keji & mengata kerana semua ini menjurus kepada permusuhan manusia.

3. Suka marah

Kemarahan buat seorang itu bertindak di luar batas manusia. Perbuatan marah diikuti maki hamun, herdik & kelahi yg akibatkan kecederaan/ pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seorang pedengki sanggup buat apa saja kejahatan/ jenayah. Perbuatan tipu & musnah hidup org lain adalah sifat lahir dari dengki. Rasulullah sabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan'
(riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki Allah kurnia lebih suka disimpan hingga timbun banyaknya. Sifat ini menghijab (menutup) seorang dari belanja 1/2 dari harta ke jalan kebaikan termasuk derma, buat kebajikan ke jalan Allah & bantu org memerlukan.

6. Bermegah

Termasuk sikap suka status/ jawatan, gelaran & terima sanjungan.

7. Cinta dunia

Terlalu hamba diri kepada perkara duniawi hingga lupa tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk
akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Seorang rasa dirinya punyai kelebihan dalam byk perkara dari orang lain hingga lupa bahawa hanya Allah saja yg bersifat maha besar.

9. Ujub & suka bangga diri

Perbuatan megah dan sombong dengan kelebihan & kepandaian yg dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dlm setiap perkara yg dilakukan. Sikap baiknya, jasa & bakti mahu dikenang sampai bila-bila.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Thursday, June 28, 2012

Jumaat

Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:
إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......
"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat),dan pada hari ini pula hari kebangkitan

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Taubat: Hadiah Yang Paling Terindah

Salah satu saat yang PALING INDAH dalam hidup kita adalah saat
kita "BERTAUBAT" dan salah satu HADIAH YANG PALING TERINDAH dalam hidup kita adalah ketika "TAUBAT ITU DITERIMA" oleh Allah...

p/s : Sungguh MATI itu bila-bila masa sahaja... MALAIKAT MAUT
menjalankan tugasnya TANPA LEWAT SESAAT pun, bertaubatlah dan
kembalilah pada jalan Allah sebelum ia datang... setiap kecelakaan yang
menimpa kita itu adalah TANDA KASIH SAYANG Allah terhadap kita dan
ingin MENEGUR kita bahawa KEMATIAN itu suatu yang pasti

Bila PINTU TAUBAT sudah DITUTUP, RAYUAN adalah sia-sia

---------------------------


Saat Allah s.w.t mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian
diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan
bersih.

Hati kita seeloknya selalu berbisik: "Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku."

Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya
menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Dijamin Masuk Syurga

Dijamin Masuk Syurga

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a.  Pemimpin yang adil.

b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.

c.  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.

d.  Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana  Allah dan berpisah kerana Allah.

e.  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: "Tidak ... saya takut kepada Allah."

f.  Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.

g.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

-------------------

Di Dalam Syurga , Ada 4 Wanita yg akan menjadi Ketua Didalam Syurga ..

1.Siti Fatimah Binti Rasulullah
- Mewakili Anak-anak yang Taat Pada IbuBapa

2.Maryam Binti Alimran
- Mewakili Perempuan-perempuan yg tiada suami, janda dan yg kematian suami

3.Asiah, Isteri Firaun
- Mewakili Perempuan-perempuan, Isteri-Isteri yang didera oleh Suami
yang jahat

4.Khadijah Binti Khualid
- Mewakili Isteri-Isteri yang taat Kepada Suami
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Wednesday, June 27, 2012

Musibah

"Ketahuilah, Allah sentiasa menguji kita semua untuk melihat kita adakah kita benar2 ikhlas pada-Nya di samping itu dapat melihat siapakah yang paling baik amalannya di sisi Allah.

Maka jalannya di antaranya adalah musibah, ramai orang mengeluh, bersedih dengan ujian dan musibah yang di timpakan kepadanya, Wahai jiwa yang bersedih,

tidakkah kamu mahu menjadi orang yang terbaik di sisi Allah, tidakkah kamu mahu menjadi hamba yang diterima oleh-Nya.

Renungkan : Kita umpamakan buah kelapa, untuk mendapat sesuatu yang baik daripada kelapa tersebut, kelapa itu mesti dipetik kemudian jatuh ke tanah, kemudian di kupas kulitnya, kemudian dibelah tempurungnya kemudian dimesin isinya kemudian diperah isinya untuk menjadi santan kemudian di masak sehinggalah menjadi hidangan makanan.

begitulah gambarannya kita akan sentiasa diuji oleh Allah, ketika datang ujian ingatlah kepada Allah kerana Dialah yang mendatangkan ujian dan Dialah yang menghilangkannya."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

APA YANG PATUT DIMALUKAN ??

APA YANG PATUT DIMALUKAN ??

◆ Malu kerana berbaju kurung,bertudung & berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian skirt pendek,dress seksi & tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

P/S: MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
InsyaAllah..♥

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Biodata Iblis

Biodata iblis

Nama : IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour : hantu, syaitan dll

Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status: Fasik kelas pertama

Agama : Kufur

Tmpt Tinggal : Hati yg lalai

Alamat Tetap : Neraka jahanam

Kawasan : Penjuru yg dlmnya tiada usaha utk ingat Allah

Arah perjalanan : Tiada haluan

Isteri : Wanita yg tak tutup aurat, tak taati Allah, Rasul & suaminya

Kaum kerabat : Gol yg tentang & musuhi Allah

Modal pusingan : Angan kosong & tipu daya

Tempat pertemuan : Konsert, Pasar & tmpt jual beli

Musuh ketat : Org Islam beriman & bertakwa

Sahabat karib : Anak Adam

Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi : Lalaikan org dari ingat Allah, goda lalu sesatkannya

Cita cita : Semua makhluk muka bumi jadi kafir

Sukan (tak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar

Mentor yg dikagumi : Manusia yang punyai kelebihan lebih dari dirinya

Logo : Sebarang tatu

Pejabat operasi : Tandas, bilik air, tmpt bernajis & kotor serta tempat maksiat

Rakan kongsi : Gol munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin & manusia

Sumber pendapatan : Harta yg diperoleh dgn haram & riba

Jenis perkhidmatan : Galakkan manusia kerjakan kemungkaran & derhaka terhadap Allah SWT

Tempoh perkhidmatan : Hingga hari khiamat

Matlamat Sebenar : Bawa Anak cucu Adam bersama ke Neraka Jahanam

Teman sejawat : Orang yg diamkan dirinya dari nyatakan kebenaran

Ganjaran : Dosa kecil/besar & kemurkaan Allah

Pembantu setia : Orang yang suka umpat, caci, maki hamun, hasut, dengki dan dendam

Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakratulmaut, mati dlm kafir

Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dlm iman

Makanan digemari : Daging org mati, segala najis & kotoran

Minuman digemari : Semua minuman yg memabukkan

Paling ditakuti : Mukmin yg bertakwa

Paling dibenci : Org yg sentiasa berzikir & ingat Allah

Alat perangkap : Wanita cantik dan sebagainya

Saat ajal : Bila tiba waktu yg ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya

Tugas paling meletihkan : Ganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala

Tugas paling disukai. Ajak lakukan Homoseks, lesbian & zina

Janji kepada manusia : Janji  kosong, angan dan tipu daya

Buatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya

Saat dukacita : Manusia yg mempunyai cita utk taubat

Buatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Doa Memohon agar Menghilangkan Keresahan Hati

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


InsyaALLAH kita sama sama aminkan doa ini dan memohon agar menghilangkan keresahan dihati kita dan terhindar dari kesulitan dan penderitaan,


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَّى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَّى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


"Inna tawakaltu 'alal hayyil ladzi ia yamutu wa ia hawla quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhimi."


Sesungguhnya aku berserah diri kepada yang Maha Hidup yang takkan pernah mati. Tiada daya upaya dan kekuatan
kecuali dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung."

-----------------------------

"Bismillahi 'ala fasi wamali wadini. Allahumma radhdhini biqadha-ika
wabarikli fima quddirali hatta ia uhibba ta'jila ma akh-kharta wa ta'khira ma'ajjalta."

Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah berilah aku rasa ridha terhadap putusanMu dan
berkatilah segala apa yang Engkau berikan kepadaku, sehingga aku tidak
suka mempercepat apa yang Engkau lambatkan dan memperlambat apa yang
Engkau cepatkan."


‫رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Ya Rabb kami , terimalah (amal) dari kami , sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ."

وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan terimalah taubat kami , Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Penyanyang".


Ya Allah kabulkanlah doa kami hambaMU yang hina ini


، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن
والاه


آمِيّنْ آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Tuesday, June 26, 2012

Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)

Ucapan itu dinama Hauqalah. Apabila  ditimpa suatu yg kita tak sukai, banyakkan sebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: "La haula wa la quwwata illa billah", itulah kalimah yang diguna untuk menyerah diri & nyatakan bahawa kita tak punyai hak utk miliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada punyai upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) & tiada punyai daya kekuatan untuk datangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: "Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: "Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: "La Haula wala Quwwata illa billah."

Juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: "Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah."

Daripada Ibnu Mas'ud beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: "Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan."

Bila kita banyak sebut Allah SWT / zikir mengingati-Nya sebanyaknya, ia mampu jadi penyembuh, tetapi sekiranya kita byk ingat kepada manusia ia blh jadi penyakit.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Hubungan antara Suami dan Isteri

Memberikan perhatian kepada isteri bukan berarti memanjakan mereka namun memberi sesuatu yang memang haknya.
Dengan kata lain, isteri ingin didengarkan,
dimengerti, dan diperhatikan agar merasa bahawa keberadaannya di dalam rumah tangga bukan sekedar pelengkap.

Hubungan antara suami dan isteri merupakan hubungan persahabatan dengan landasan keimanan.

Oleh karenanya perhatian dan kasih sayang adalah hak mereka yang harus diberikan dengan ketulusan dan dalam kesadaran, bukan sekadar keharusan apalagi keterpaksaan.

"...Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah), karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(QS.An-Nisa : 19).
   

Saudaraku,

bersikap romantis terhadap isteri bukanlah sebuah kelemahan tapi sebuah amal sholeh dalam menunaikan perintah Allah dan Rasul-Nya."

"Sesungguhnya orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaqnya. Dan yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik terhadap istrinya."(HR.At-Tirmidzi).

Para suami seringkali lupa menunjukkan perasaan cinta kepada isteri. Mereka berpikir bahwa cinta tak mesti harus diucapkan karena cukup disimpan dalam hati saja. Padahal sesungguhnya kaum isteri sangat senang jika suami mengungkapkan rasa cinta secara terbuka.

Rasulullah pun mengajarkan kepada para suami untuk selalu menunjukkan rasa cinta kepada isterinya. Baginda memanggil Aisyah denggan sebutan Humaira (yang pipinya kemerahan merahan).

Baginda juga sering mengajak isterinya untuk bermain-main seperti berlumba lari untuk menciptakan kemesraan.

Rasulullah senantiasa mengajak para isterinya untuk mendekatkan diri kepada Allah namun baginda juga memperhatikan   keinginan mereka akan hiburan dan kesenangan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

WANGIAN KASTURI

WANGIAN KASTURI

Khasiat Kasturi

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" (Hadis Riwayat Muslim)

2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8) Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) menjernihkan mata putih pada mata

17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

18] Mencegah wabak penyakit

19) Melanjutkan usia

20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (seperti kasturi).

Sesungguhnya Rasulullah SAW sangat suka mengunakan wangi-wangian,
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Nabi SAW suka pada pakaian Putih & Bersih

Adalah Nabi kita Muhammad SAW semasa hayatnya sgt minat & gemar dgn pakaian putih & bersih, tertutama sekali pada hari Jumaat utk hadir Solat Jumaat & keramaian, kerana warna putih itulah asal segala warna lain.

Walaupun Nabi amat suka & minat pada pakaian warna putih tetapi pada hari raya Nabi selalu pakaian pakaian berwarna & baru(bersih).

"SESUNGGUH ALLAH ITU LEMAH LEMBUT (BERSIH) dan DIA SUKA PADA YGPUTIH BERSIH."

Bagamana pula pakaian putih terhadap umatnya?

Pertama - Dalam kitab Bahrulmazi ada menyebut bahawa Siti Aishah RA menceritakan hadis Nabi SAW yg berbunyi :

"ADALAH NABI ITU BERMINAT DENGAN PAKAIAN YANG PUTIH BERSIH DAN BENCI PADA PAKAIAN YANG KOTOR."

Hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan bagi umatnya berpakaian dgn pakaian yg putih & bersih, terutama utk hadir Solat Jumaat & Jemaah, juga pada keramaian kerna mengikut perbuatan Nabi SAW.

Kedua - Adalah Nabi SAW memakai apa pakaian yg diperolehi, kain sarung / kain selendang / baju kemeja / jubah. Pakai yg berwana yg diminati oleh Nabi ialah warna HIJAU & kebanyakan pakaiannya berwarna Putih.

Beliau Bersabda :
"PAKAIKANLAH KAIN YG BERWARNA PUTIH ITU KEPADA ORANG-ORANG YANG MASIH HIDUP DARI KAMU, DAN KAFANKANLAH DENGAN KAIN PUTIH ITU AKAN ORANG-ORANG YANG SUDAH MATI DARI KAMU"

Hadis ini tunjukkan bahawa sunat bagi kita sekalian memakai & beri pakai kepada anak mahupun keluarga pakaian yg berwarna Putih kerana mengikut perbuatan & suruhan Nabi SAW.

Nabi Muhammad SAW suka dengan baju kurung panjang (jubah) iaitu baju yg dijahit labuh. Nabi SAW juga suka kain yg tak berjahit iaitu kain Hirabah (Selendang) yg warna Hijau ditenun dari kapas berjalur yang datang dari Negeri Yaman. Nabi sehingga wafatnya suka pada kain ini & diserkupkan jenazahnya dengan kain ini.

Nabi SAW suka kain Hirabah itu, sebagaimana tersebut dlm hadis : Daripada Anas RA katanya :
"Adalah sekasih-kasih pakaian kepada Rasullah SAW itu dan yang juga selalu dipakainya ialah Hirabah."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Doa Mohon Bebas dr Kemiskinan & Kehinaan

.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


InsyaALLAH kita sama sama aminkan doa ini dan memohon agar terbebas dari kemiskinan & kehinaan dan  kita menjadi pemaaf & mampu menbalas kebencian
dg kasih sayang


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَّى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَّى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


"Allahumma inni a'udzubika minal-faqri wal-qillati wadz-dzillati

wa a'udzubika min an azhlima aw uzhlama."  


"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kefakiran, kekurangan dan kehinaan.

Dan aku berlindung kepada-Mu dari mendhalimi dan di dhalimi orang lain."


"Ya Allah, jadikanlah kami pemaaf, yang mampu membalas keburukan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan kasih sayang agar kami mampu meneladani Rasuluallah Muhammad Shalallahu Alaihi Wa Salam.


‫رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Ya Rabb kami , terimalah (amal) dari kami , sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ."

وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Dan terimalah taubat kami , Sesungguhnya Engkaulah Maha penerima Taubat lagi Maha Penyanyang".


Ya Allah kabulkanlah doa kami hambaMU yang hina ini


، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن
والاه


آمِيّنْ آمِيّنْ  آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Monday, June 25, 2012

Dialog Sahabat Dgn Saidina Ali b. Abi Talib RA

Dialog antara seorang Sahabat dengan Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A. :

Sahabat : Apakah Makhluk ALLAH yang paling hebat?

Sayyidina Ali : Yang paling hebat antara makhluk ALLAH adalah API kerana Neraka itu daripada API…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada API?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu AIR kerana AIR boleh memadamkan API…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada AIR?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu AWAN kerana AWAN lah yang menurunkan AIR…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada AWAN?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu ANGIN kerana ANGIN lah meniupkan AWAN kesana dan kemari…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada ANGIN?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu MANUSIA kerana MANUSIA itu boleh naik angin dan keluar angin…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada MANUSIA?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu MENGANTUK kerana apabila MANUSIA itu MENGANTUK maka hilanglah kuatnya MANUSIA…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada MENGANTUK?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu RUNSING kerana apabila MANUSIA itu RUNSING maka MANUSIA itu tidak boleh tidur serta MENGANTUK…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada RUNSING?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu ZIKRULLAH (ingat pada ALLAH)…

[Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]
----Sekadar Renungan Bersama----
--->Wallahu a'lam bissawab <----
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

3 Kesukaan Nabi

3 Kesukaan Nabi…

perbualan Rasulullah dengan para sahabat tentang 3 kesukaan mereka masing-masing dalam dunia ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Di atas dunia ini aku suka akan 3 perkara:"
1- Wangi-wangian.
2- Isteri yang soleh.
3- Ketenangan semasa solat.

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..'Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan dalam dunia ini!"
1- Melihat wajah Rasullullah.
2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah.
3- Suka anaknya Aisyah menjadi isteri Rasullullah.

Kemudian Saidina Umar pula berkata.."Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai 3 kesukaan atas muka bumi ini.."
1- Mencegah kemungkaran.
2- Menyuruh kepada kebaikan.
3- Berpakaian sederhana.

Selepas itu Saidina Othman pula berkata.."Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 kesukaan.."
1- Memberi makan orang yang lapar.
2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian.
3- Membaca Al-Quran.

Kini tiba pula giliran Saidina Ali.."Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!"
1- Melayan tetamu.
2- Berpuasa di musin panas.
3- Memukul musuh dengan pedangku (semasa perang).

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:
"Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku menjadi penghuni dunia!"

Lalu Rasullullah bertanya,"Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika engkau menjadi penghuni bumi ini?" Malaikat Jibril menjawab:
1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.
2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.
3- menolong ahli keluarga dan kaum kerabat yg kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, "Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!"
1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku.
2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku.
3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Kisah Para Sahabat: Abu Bakr R.A

Kisah Para Sahabat: Abu Bakr R.A

Sa'eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat.

Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu 'anhu hingga menyebabkan Abu Bakr 'sakit' mendengarnya.

Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri.

Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu 'anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ."

[ Hadith riwayat Abu Dawud]
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Mak! Ayah!

MAK!! AYAH!!

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata "Mak memang tak pernah faham".
» Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Fikir-fikirkanlah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Soalan:Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi
Soalan:

Apakah hukum jika seseorang wanita itu memakai minyak wangi ketika keluar berjalan-jalan(bersiar-siar), kawan saya mengatakan yang dia telah terbaca suatu buku yang mengatakan haram kerana boleh
menimbulkan pelbagai fitnah terhadap wanita tersebut?

Jawapan:
Memang benar bagi wanita yang keluar rumah memakai harum-haruman hukumnya haram, kerana dapat menimbulkan fitnah, ertinya menyebabkan lelaki lain tertarik kepadanya.

Wanita yang berhias diri seperti
memakai wangian, lipstik dan sebagainya ketika ke luar rumah hukumnya berdosa, tak kiralah bulan biasa ataupun bulan Ramadhan.

Kerana perbuatan seperti itu hanya dilakukan oleh wanita-wanita pada zaman jahiliyah.

Namun berhias untuk menyenangkan hati suami, wajib
hukumnya, itupun hindarkan memakainya ketika di siang bulan Ramadhan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

PRASANGKA

PRASANGKA

"Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT; sesungguhnya ALLAH SWT penerima taubat, lagi maha mengasihani."
(surah al-Hujurat:12)

huraian

prasangka merupakan salah satu daripada sifat-sifat yang buruk yang sangat ditegah oleh islam. amalan ini boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan baik sesama keluarga, jiran, kawan-kawan dan masyarakat sebelumnya.

jika diteruskan amalan seperti ini, ada kemungkinan ianya boleh membawa kepada malapetaka yang lebih besar seperti pembunuhan.

sehubungan dengan itu perbuatan ini akan mengakibatkan pelakunya menerima balasan buruk dari ALLAH SWT kerana ianya merupakan satu dosa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya."

(al-Bukhari)

Huraian: Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia
termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya
meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang
membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w
dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh
sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah.

Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Petua Untuk Merawat KAYAP

Petua Untuk Merawat KAYAP

Pilihan 1: Anda ambil 10 duri pokok kekabu. Asahkan duri itu sehingga
terkeluar cecair yang agak pekat. Tadahkannya dalam satu bekas.
Kemudian, sapukan cecair duri pokok kekabu itu pada bahagian kayap di anggota badan anda. Amalkan petua ini berulang kali sehingga kayap
anda sembuh.

Pilihan 2: Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya
keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.

Pada keesokan harinya anda sudah boleh mengopek kayap itu seperti
mengoyak plastik.

Pilihan 3: Asah buah delima yang tua dengan sedikit air pada bahagian
belakang pasu. Sapukan airnya pada kayap

Pilihan 4: Asah putik cempedak yang masih muda di atas belakang lesung
batu. Ambil airnya dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapu di sekitar
kayap. Amalkan selalu.

Pilihan 5: Ambil sebiji kelapa, perah santannya dan masak bersama
beberapa keeping gambir. Kacau di atas api yang sederhana. Sapulah di
tempat kayap sebelum tidur.

Pilihan 6:
Ambil daun cili dan kapur makan dan tumbukkan atau ramas daun cili
serta campurkan sedikit kapur. Kemudian sapukan di bahagian yang
terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Kayap akan pudar dan baik dalam
masa beberapa hari.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat
Qursi 3kali di luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta.
Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah
macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد ,
والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه
أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.

( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072
(Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih,
An-Nawawi : Sohih.

Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Sunday, June 24, 2012

Adab Berkawan Rasulullah s.a.w

Adab Berkawan Rasulullah s.a.w

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu. Lalu mereka bertanya.
Dengan senyum Rasulullah menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan memejamkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya". Begitulah akhlak Rasullullah s.a.w.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula. "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Oleh itu, hisablah diri kita, adakah kita boleh bersikap seperti Rasulullah s.a.w. Insyallah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...