Monday, July 4, 2016

TATACARA SOLAT HARI RAYA

Ummu 'Athiyyah radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara, wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa muslimin.Aku berkata: "Wahai Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?" Nabi sallallahu 'alaihi wassalam menjawab: "Hendaklah saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya". [Sahih Muslim, Kitab Solat al-Eidain, hadis no : 1481]

APAKAH HUKUM SOLAT RAYA

Ulama berbeza pendapat sama ada ia wajib atau sunat muakkad.

WAJIBKAH BERJEMAAH?

Majoriti ulama membenarkan ia dilakukan secara bersendirian.

SEBUTKAN TATACARA SOLAT RAYA.

1) Dua Rakaat

Umar radiallahu 'anhu berkata: Solat hari raya 'Aidil Adha dua rakaat, Aidilfitri dua rakaat, solat Jumaat dua rakaat, solat musafir dua rakaat. Ia sempurna tanpa qasar berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Sungguh celaka manusia yang berdusta [Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab as-Solat, hadis no: 490, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih an-Nasaie]

2) Dilakukan di musolla (tanah lapang untuk solat raya)

'Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam akan keluar ke musolla pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 908]

3) 7 kali takbir pada rakaat pertama, 5 kali takbir pada rakaat kedua

'Aisyah radiallahu 'anha menyatakan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bertakbir dalam solat raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama, dan lima kali pada rakaat kedua [Sunan Abi Daud, Kitab as-Solat, hadis no: 972, Shaikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Abi Daud]

4) Solat sebelum khutbah

Jabir bin 'Abdullah radiallahu 'anhu berkata bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam keluar pada hari raya aidilfitri dan memulakan solat sebelum khutbah. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu'ah, hadis no: 910]

Sumber: http://alkahfi.com.my/adab-adab-berhari-raya/

Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...