Tuesday, June 26, 2012

Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan". (Hadis Riwayat Tabrani)

Ucapan itu dinama Hauqalah. Apabila  ditimpa suatu yg kita tak sukai, banyakkan sebut hauqalah. Imam a-Nawawi berkata: "La haula wa la quwwata illa billah", itulah kalimah yang diguna untuk menyerah diri & nyatakan bahawa kita tak punyai hak utk miliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada punyai upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) & tiada punyai daya kekuatan untuk datangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: "Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: "Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: "La Haula wala Quwwata illa billah."

Juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: "Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah."

Daripada Ibnu Mas'ud beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: "Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan."

Bila kita banyak sebut Allah SWT / zikir mengingati-Nya sebanyaknya, ia mampu jadi penyembuh, tetapi sekiranya kita byk ingat kepada manusia ia blh jadi penyakit.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...