Monday, June 25, 2012

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Balasan Meninggalkan Solat Asar

Hadith: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a beliau mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Orang yang luput solat Asarnya samalah ertinya dia telah kehilangan keluarga dan harta kekayaannya."

(al-Bukhari)

Huraian: Solat adalah perkara yang diwajibkan dalam Islam malah ia
termasuk dalam salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Dari sudut pelaksanaan solat, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya
meninggalkan solat kecuali mereka yang menghadapi suasana darurat yang
membolehkan ia berbuat demikian sebagaimana yang dilakukan Nabi s.a.w
dan umat Islam Madinah ketika berlaku peperangan Khandak yang sungguh
sengit di mana pihak musuh telah mengepung Kota Madinah.

Demi menjaga keselamatan mereka terpaksa menunda solat Asar hingga ke waktu Maghrib.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...