Tuesday, November 19, 2013

Dunia

Setiap hari bila kita bangun dari tidur apa yang kita selalu fikir? Kalau seorang surirumah akan fikir nak masak apa. Kalau seorang peniaga fikir bagaimana hendak meningkatkan jualan pada hari itu. Seorang petani akan fikir bagaimana hendak menjalankan aktiviti pertaniannya agar bertambah maju. Seorang pelajar akan berfikir bagaimana hendak mengulangkaji pelajaran dan berjaya dalam peperiksaan. Kesimpulannnya kita semua apabila bangun dari tidur, fikir yang ada dalam otak kita adalah fikir dunia. Itu yang selalu atau kebiasaannya bagi mereka yang normal, kalau orang gila tak tahulah apa yang ada dalam fikiran mereka?

Setiap hari apabila kita bangun dari tidur, pergi belajar atau bekerja samada dirumah, dipejabat, disekolah, dikedai, diatas kapal terbang, dipasar atau dimana jua didalam fikiran kita sentiasa dipenuhi agenda bagaimana hendak menjadi seorang yang berjaya didunia. Kita mahu menjadi semakin kaya, mewah dan mengumpulkan harta sebanyak mungkin sebelum kita tua. Setiap hari kita berangan mahu kaya, kita usaha sungguh, kita simpan wang, kita buat pelaburan dan kita lihat penyata kewangan kita setiap hari dan lihat angka dalam simpanan kita.

Walaupun fikir ini tidak salah dari segi hukum dan syarak namun fikir ini adalah fikir yang sempit dan tidak berfikir panjang. Kerana apa? Kerana dunia ini adalah sementara dan kita semua tahu bahawa kita akan meninggalkan dunia ini dan segala apa yang kita miliki akan kita tinggalkan. Apabila kita masuk kedalam kubur kita hanya membawa bersama kita sehelai kain kapan untuk dililit ditubuh kita. Segala apa yang kita telah usaha selama ini akan menjadi milik orang yang kita tinggalkan. Memang berguna untuk mereka tetapi untuk kita adalah tiada yang berguna melainkan ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh.

Kita sentiasa rasa tidak pernah cukup dari segi keduniaan dan sentiasa mahu mengubah tahap dunia kita menjadi semakin baik dari hari kehari. Itu yang kita fikir, kita cakap dan kita usahakan setiap hari. Namun selalukah kita fikir bagaimana aku mahu meningkatkan ilmu agama, iman dan amal ibadat kita kepada Allah SWT. Dari sudut agama, kita selalu merasa cukup dan puashati serta tidak mahu berusaha untuk memperbaiki mutunya dan meningkatkan iman dan amal kita. Kita berasa senang walaupun kita masih ditahap yang sama dan ditakuk yang lama.

Dari segi dunia kita akan bandingkan dengan orang yang lebih hebat dan lebih kaya berbanding kita dan kita bercita-cita menjadi seperti mereka. Merekalah idola kita, merekalah mentor atau sifu kita dan kita mahu mengikut jejak langkah mereka. Bagi kita jika mereka mampu kita juga mampu. Tiada yang mustahil dengan keazaman, kegigihan dan usaha yang berterusan. Kita akan berkorban tenaga dan masa yang banyak untuk menjadikan impian kita satu kenyataan. Sampai bila kita akan puas hati, kita sendiri tidak tahu. Kita lihat mereka yang sudah ada sejuta ringgit mahukan sepuluh juta. Yang sudah millionaire mahu pula menjadi billionaire, bagi mereka kekayaan itu tiada hadnya.

Betul apa yang Nabi SAW bagitahu, kalau seorang itu mempunyai segunung emas pun, pasti dia akan mahu sebuah gunung emas lagi, Dia tidak akan puas sehinggalah tanah dimasukkan kedalam mulutnya, bererti sehingga dia masuk kedalam kubur. Itulah hakikat dunia yang penuh tipudaya, kalau kita tertipu dan tenggelam dalam arus dunia maka kita akan menyesal diakhirat nanti. Perkara yang patut kita selalu fikir, cakap dan usaha adalah agama dan akhirat kerana itulah yang kekal dan akan kita bawa bersama apabila kita mati. Namun kita sentiasa membandingkan dengan mereka yang lebih rendah apabila masuk bab agama atau ibadat. Sepatutnya kita membandingkan dengan mereka yang lebih hebat barulah kita akan sentiasa berusaha meningkatkan tahap ilmu, iman dan amal kita agar kita berjaya dari ertikata sebenarnya didunia dan diakhirat.

Tidak salah berusaha untuk dunia, namun jika kita tidak mampu lebihkan akhirat berbanding dunia, maka kita harus menyeimbanginya. Dan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, dunia yang lebih dan bekalan untuk akhirat amat kurang masa dan harta yang kita beri sedangkan akhirat itu kekal dan tempat tinggal bagi kita buat selama-lamanya.

Read More >>
Thursday, November 14, 2013

Hidup Adalah Satu Ujian

Hidup adalah satu ujian. Ujian didunia adalah ujian yang bersifat sementara namun ujian itu bukanlah mudah untuk ditangani atau dihadapi tanpa kekuatan iman dan taqwa kepada Allah SWT. Semenjak kita lahir kedunia kita sudah pun diuji kerana kita adalah manusia yang merupakan seorang hamba kepada Yang Maha Esa…tidak diciptakan kamu wahai Jin dan Manusia kecuali untuk memperhambakan diri kepada Allahu Azza Wa Jalla.

Setiap ujian yang dilalui oleh setiap manusia adalah berbeza-beza namun matlamat dan asasnya adalah sama…yakni ujian keatas keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Ujian keatas setakat mana redhanya kita kepada Qada dan QadarNya. Ujian yang menentukan samada kita berjaya didunia dan lebih-lebih lagi diakhirat nanti. Bagaimana kita menghadapi setiap ujian itu yang menentukan samada kita berjaya atau gagal…bukannya kita berjaya atau tidak menyelesaikan masalah hidup kita!

Tidak perlu saya nyatakan satu persatu bentuk ujian yang telah, sedang dan akan kita hadapi selama hayat kita…kerana kita semua telah maklum, kecualilah kita seorang yang tidak waras ataupun gila. Sebagai seorang hamba yang mukallaf yang penting sekali apabila kita diuji, kita perlu 'alert' dan 'aware' bahawa kita sedang diuji oleh Allah SWT. Kita perlu sedar dan waspada akan segala bentuk ujian keatas hati kita agar kita kembali merujuk kepada Allah SWT yang sedang menguji hati dan keimanan kita sebagai seorang yang beriman.

Selagi kita bergelar insan atau manusia selagi hayat dikandung badan, selagi itu kita akan diuji. Kita bukanlah malaikat yang imannya bulat dan sentiasa taat kepada segala perintah Allah. Iman didalam hati kita sedang diuji oleh berbagai perkara samada berbentuk fizikal, material, emosional ataupun oleh makhluk yang bernama Iblis dan Syaitan. Suatu perkara yang kita perlu ingat adalah tanpa Iman dan Ilmu kita tidak mungkin dapat menghadapi segala bentuk ujian diatas muka bumi ini. Ataupun dalam ertikata yang ringkas adalah tanpa agama maka kita tidak mungkin dapat menghadapi segala ujian yang bertimpa-timpa kepada kita.

Ya…kita tidak perlu melihat orang sekeliling kita. Lihatlah diri kita sendiri..kita sekarang sedang diuji dan siapa yang sedang melihat kita….Allah SWT dan Malaikat yang mencatat segala amalan kita sedang memerhatikan segala tindak-tanduk dan gerak-geri kita. Jika kita tidak malu kepada manusia atau masyarakat malulah kepada Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi segala nikmat yang kita sedang gunakan. Ujian itu tidak semestinya bersifat kesusahan, musibah atau penderitaan tetapi segala kesenangan dan kemewahan juga adalah ujian keatas manusia. Siapakah diantara kita yang bersabar dan bersyukur kepada segala yang ditentukan oleh Allah SWT?

Apa yang harus kita buat apabila kita sedang diuji? Adakah kita hanya membiarkan sahaja tanpa perlu berusaha untuk menghadapi ujian itu dan berharap ia akan pergi dengan sendiri? Ujian akan datang dan pergi namun apakah setiap ujian yang datang dan pergi itu mendekatkan kita kepada Allah SWT ataupun kita semakin jauh daripada rahmatNya?

Dunia begitu singkat dan sementara. Bersabarlah…dan bersyukurlah kerana kematian akan datang menjemput kita bila-bila masa sahaja dan berakhirlah ujian hidup ini dan selepas itu akan bermulalah ujian yang lebih hebat dan dahsyat. Kembalilah kepada Allah dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh khauf dan roja' ataupun takut dan harap. Takut kepada segala dosa yang akan dibalas dan harap kepada ganjaran diatas segala amal soleh kita.

Yakinlah…Iman kita yang walaupun sebesar zarah itu yang diuji oleh Allah SWT akan diberi ganjaran yang amat besar diakhirat nanti….Syurga yang seluas jarak antara langit dan bumi akan diberi kepada setiap hamba Allah yang mati membawa iman yang tulen kepadaNya. Wahai manusia…bertaqwalah kepada Allah. Mintalah pertolongan dan petunjuk daripadaNya. Menangislah atas segala dosa dan kesilapan, bertaubatlah dengan taubat yang sebenarnya dan matilah kamu dengan membawa iman yang sempurna dan amal yang soleh sebagai bekalan diakhirat nanti.

Read More >>
Monday, October 28, 2013

Dosa Dan Maksiat

Dosa dan maksiat itu boleh diumpamakan seperti racun yang dibaluti dengan gula-gula ataupun coklat yang dihias dengan indah. Sesiapa yang melihatnya sahaja akan tertarik dan terus mahu menghampirinya. Apabila sudah dekat dan berada didalam suasana dimana semua orang sudah makan gula-gula itu maka dia pula mahu mencuba.

Dilihatnya orang lain begitu asyik dan enak menikmati dosa dan maksiat seumpama berada disyurga. Mereka khayal dan tenggelam didalam dosa dan maksiat sehinggalah masa menentukan apabila gula-gula manis yang membaluti racun itu semakin hari semakin menyusut. Kemudian maka racun pula yang dimakannya dan terus masuk kedalam tubuhnya lalu menjadi darah daging.

Racun ini mula meresap kedalam tubuh orang itu dan mengalir didalam aliran darah menjadikan orang itu mabuk, lupa dan hilang akal fikirannya yang waras. Maka dirinya akan diselubungi kegelapan ataupun kejahilan menjadikannya tidak dapat membezakan yang mana haq dan yang mana bathil. Dia merasakan apa yang dibuatnya betul sedangkan ia adalah sebaliknya. Maka terjadilah sel kanser ataupun satu titik hitam didalam hatinya.

Titik hitam ini mulanya amat kecil dan mudah dibuang dengan penyesalan taubat dan istighfar. Jika dosa dan maksiat terus menerus dilakukan maka titik hitam lain pula akan muncul dan melekat didalam hati dan rohaninya. Titik-titik hitam sudah menjadi semakin membesar dan lama-kelamaan semakin hitam pekat dan gelaplah hati dan hilanglah nur keimanan didalam jiwa orang tersebut. Sehingga seluruh anggota pancainderanya sudah tidak dapat mengenal yang mana satu dosa dan yang mana satu pahala. Hati, pendengaran dan penglihatannya seolah terkunci dari mengenal hakikat Ilahi.

Taubat dan amal soleh boleh diibaratkan seperti satu ubat yang amat pahit untuk ditelan. Ubat itu pula dibaluti dengan duri dan kaca yang tajam sehingga menyebabkan tubuh kita sakit dan pedih apabila menelannya. Melihatnya sahaja membuatkan seseorang menjadi takut dan malas hendak menghampirinya kerana tidak mahu melakukan suatu perkara yang zahirnya nampak memberi mudharat kepada manusia. Untuk mengambilnya pula perlu mendisiplinkan diri didalam satu kaedah dan mujahadah yang berlawanan dengan nafsu yang hanya mahukan keseronokan.

Hanya mereka yang benar-benar meyakini bahawa ubat itu perlu diambil dan ditelan walaupun pahit dan terpaksa dilakukan dalam keterpaksaan. Walaupun hanya mendengar sahaja melalui seorang yang dipanggil Rasulullah dan dibaca melalui Kitabullah, orang itu tetap meyakini kebenaran walaupun beliau belum pernah bertemu dengan Rasulullah dan melihat ganjaran dan janji-janji Allah SWT. Maka bertaubatlah hamba itu dan beramal solehlah dia semata-mata mengharapkan keredhaan daripada Allahu Azza Wa Jalla.

Ubat yang pahit ditelan. Pengorbanan diri, harta dan masa diberi dijalan Allah SWT. Mujahadah melawan hawa nafsu dilaksanakan walaupun dalam kesusahan dan kepayahan, walaupun didalam ketidakselesaan dan kemiskinan. Ketawa bertukar menjadi tangisan. Tangisan taubat menyesali diatas segala dosa lampau. Fokusnya hanyalah janji-janji daripada Rabbnya yang hanya sedikit sahaja ganjaran didunia dan selebihnya adalah ganjaran diakhirat selepas mati. Maka ubat itu telah menjadi satu kemanisan pula didalam dirinya. Pahit sudah bertukar menjadi manis, terpaksa sudah bertukar menjadi rela dan sakit sudah bertukar menjadi sihat dan kuat.

Kekuatan iman dan kekuatan rohani menjadikan dirinya lupa kepada segala kemewahan dunia yang sementara. Lupa juga kepada kesempitan dan kesusahan hidup didunia. Maka sibuklah dirinya beribadah dan bermunajat kepada Yang Maha Esa, berduaan memadu kasih dengan Ilahi, Cinta Agung sudah sebati didalam jiwa sehingga asyik dan mahsyuk didalam amal ibadah serta zikrullah menjadi santapan rohani setiap masa susah atau senang. Pengorbanan untuk agama menjadi perkara mudah dan fikir agama sentiasa didalam akal dan lahirlah kata-kata mengajak manusia kepada Allah agar semua mendapat manfaat daripada agama yang suci dan murni.

Dengan hanya melihat dua jenis manusia ini pun sudah dapat mengetahui siapa yang berada dijalan yang benar lagi lurus berbanding siapa yang sudah jauh tersesat dijalan yang berduri. Manusia yang pada zahirnya bebas dan seronok melakukan dosa dan maksiat serta tenggelam didalam kenikmatan dunia ini rupanya telah tertipu dan berada didalam kegelapan dan buta sehingga tidak nampak cahaya. Hati mereka menjadi keluh-kesah dan tidak pernah tenang. Sehingga sampai satu tahap mereka merasakan dunia ini sudah tiada maknanya lagi sehingga ada yang sanggup mengambil nyawanya sendiri nauuzubillahi min dzalik.

Manakala manusia yang diberi hidayah oleh Allah, melihat wajahnya sahaja hati kita menjadi tenang dan tenteram. Mendengar percakapannya sahaja bertambah keimanan kita dan cintakan akhirat menjadi semakin kuat. Tampak jernih airmukanya dan keikhlasan terbayang diwajahnya. Tiada apa yang diingini didunia ini melainkan keredhaan Allah dan ganjaran diakhirat. Dia juga merindui kematian dan mahu segera bertemu dengan PenciptaNya. Allahu Akbar. Dia tidak merasakan bahawa dia lebih baik daripada orang lain walaupun dia amat meyakini bahawa dia dijalan yang benar. Hiduplah dia diantara takut dan harap, diantara Khauf dan Roja'.

Yang mana satu yang kita mahu pilih? Racun yang disaluti manisan ataupun ubat yang disaluti duri dan kaca yang menikam? Semoga Allah SWT memberi Hidayah kepada kita agar kita dapat memilih jalan yang terbaik….Allahumma Aamin. Wallahua'lam.

Read More >>
Sunday, February 24, 2013

Adzan Terakhir Sahabat Bilal.

Adzan Terakhir Sahabat Bilal.
Semua pasti tahu, bahwa pada masa Rasulullah, setiap masuk waktu salat, maka yg kumandankan azan adalah Bilal bin Rabah.
Bilal ditunjuk karena miliki suara yg indah. Lelaki berkulit hitam asal Afrika itu punyai suara emas yg khas. Posisinya semasa Rasul tak tergantikan oleh siapapun, kecuali saat perang saja, atau saat keluar kota bsama Rasulullah SAW. Kerana beliau tak pernah berpisah dgn Rasul, kemanapun Rasul pergi.
Hingga Rasulullah SAW menemui Allah pd awal 11 Hijriah. Semenjak itulah Bilal nyatakan diri tak akan kumandangkan adzan lagi.
Ketika Khalifah Abu Bakar r.a mintanya jadi mu'adzin kembali, dgn hati pilu bilal berkata: "Biarkan aku jadi muadzin Rasul saja. Rasul telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa lagi"
Namun Abu Bakar terus mendesaknya, dan Bilal pun btanya: "Dahulu, ketika engkau bebaskanku dari siksaan Umayyah bin Khalaf. Apakah engkau bebaskanmu karena dirimu atau kerana Allah ?"
Abu Bakar r.a hanya terdiam.
"Jika engkau bebaskanku karena dirimu, maka aku bersedia jadi muadzinmu. Tetapi jika engkau dulu bebaskanku karena Allah, maka biarkan aku dgn keputusanku" Kata Billal.
Abu Bakar r.a pun tak mampu desak Bilal r.a utk kembali kumandangkan azan.
Kesedihan sebab ditinggal wafat Rasulullah SAW sentiasa di hati Bilal r.a. Kesedihan itu mendorongnya tinggalkan Madinah, dia ikut pasukan Fath Islamy menuju Syam, & tinggal di Homs, Syria.
Lama Bilal r.a tak kunjungi Madinah, sampai pada suatu malam, Rasulullah SAW hadir dlm mimpi Bilal, dan tegurnya: "Ya Bilal, wa maa hadzal jafa' ? (Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku ?. Kenapa sampai begini ?)"
Bilal bangun tperanjat, segera dia persiapkan perjalanan ke Madinah, utk ziarah Rasul. Sekian tahun sudah dia tinggalkan Rasulullah.
Setiba di Madinah, Bilal bersedu sedan melepas rasa rindunya pada Rasul, pada sang kekasih. Saat itu, 2 pemuda yg tlh dewasa, dekatinya.
Keduanya adalah cucunda Raulullah SAW, Hasan dan Husein. Ketika mata sembab oleh tangis, Bilal yg kian tua memeluk kedua cucu Rasullah itu.
Salah satu dari keduanya berkata kepada Bilal r.a: "Pakcik, maukah kau kumandangkan azan buat kami ?. Kami ingin kenang datuk kami"
Ketika itu, Umar bin Khattab yg tlh jadi Khalifah juga sdg lihat pemandangan mengharukan itu, dan beliau juga memohon Bilal utk kumandangkan azan, meski sekali saja dan Bilal pun memenuhi permintaan itu.
Saat waktu salat, dia naik pada tempat dahulu biasa dia adzan pada masa Rasulullah SAW masih hidup.
Mulailah dia kumandangkan adzan. Saat lafadz "Allahu Akbar" dikumandangkan olehnya, seluruh Madinah senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, suara yg telah bertahun hilang, yg ingatkan pada susuk nan agung, suara yg begitu dirindukan, itu telah kembali.
Ketika Bilal meneriakkan kata "Asyhadu an laa ilaha illallah", seluruh isi kota madinah berlarian ke arah suara itu berteriak, bahkan para gadis dlm rumah mereka pun keluar.
Dan saat bilal kumandangkan "Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah", Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yg sgt memilukan.
Semua menangis, teringat masa indah bersama Rasulullah SAW. Umar bin Khattab yg plg keras tangisnya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup teruskan adzannya. Lidahnya tersekat oleh air mata yg berderai.
Hari itu, madinah mengenang masa saat masih ada Rasulullah SAW. Tak ada pribadi agung yg begitu dicintai spt Rasullullah SAW.
Dan azan itu adalah azan pertama sekaligus azan terakhirnya Bilal r.a semenjak Rasulullah SAW wafat.
Bilal tak pernah bersedia lagi kumandangkan azan. Sebab teramat sedih krn hatinya mengenang seorg iaitu Rasullullah SAW.
Semoga kita dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah r.a. Aamiin




















Read More >>
Tuesday, February 19, 2013

Kelebihan Menutup Aurat

Antara kelebihan menutup aurat itu banyak:

1. Bila menutup aurat dengan memakai stokin dan handsocks dapat menghindari cahaya matahari daripada kena pada kulit. Kulit tidak akan hitam dan juga terbakar. Selain itu, jika ada aib (luka / parut) di
lengan atau kaki, tidak lah ditunjuk pada ajnabi dan diri tidak malu
dikutuk oleh orang.

2. Bila memakai pakaian menutup aurat yang tidak ketat dan tabaruj,
tidak akan di ngorat oleh sang lelaki yang nafsunya sentiasa membuak
bila jumpa perempuan. Kadang kala lelaki lebih menghormati mereka yang menutup aurat lebih daripada yang seksi. Tidak lagi bunyi bunyi tikus didengari bila menutup aurat dengan baik.

3. Bila menutup kepala dengan baik (tudung yang labuh), akan terhindar
daripada debu yang berada di luar rumah seperti habuk dan sebagainya.

Ada pakar doktor memberitahu, menutup kepala dengan sempurna (menutup aurat dan tutup dada) akan terhindar daripada debu.

Rambut wanita mudah terkena debu debu. Sebab itu ramai yang ke saloon hanya untuk mencantikkan rambut. Sedangkan menutup aurat itu lebih baik daripada tidak menutup aurat. Jimat wang dan rambut sentiasa terpelihara.

4. Bila menutup aurat dengan sempurna, akan terhindar daripada
penyakit kulit jua. Sekarang terlalu banyak penyakit yang jarang
ditemui dan sebab ini lah di suruh menutup aurat untuk menghindari
penyakit seperti penyakit kulit.

Banyak lagi sebenarnya kelebihan menutup aurat dan ini hanya sedikit
sahaja. Jangan malu menutup aurat, jangan malu digelar ustazah. Itu
panggilan mulia dan hanya yang 'mahal' berhak dapat panggilan semulia itu.

Wallahualam.
Read More >>
Thursday, February 14, 2013

Cara teguran yang mulia dalam Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW

Cara teguran yang mulia dalam Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW

Insan yang lemah seperti kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Kesilapan ini akan berlarutan sekiranya tidak disedarkan ataupun tiada siapa yang menegur kita tetapi, tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka. Kita sering menilai siapa yang menegur, bukannya apa yang ditegur.

Dikisahkan dahulu, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa pelik. Lalu mereka bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?" Saiyidina Umar r.a. menjawab; "Ya dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar."

Biasanya, manusia tidak suka kepada teguran kerana dalam diri manusia itu ada sifat ego. Sedikit atau banyaknya ego itu bergantung bagaimana kita mengawalnya. Namun, walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan kepada kita.

Diriwayatkan daripada Tamim Al-Dari r.a. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Agama adalah nasihat."Kami pun bertanya: "Untuk siapa wahai Rasulullah?" Jawab Baginda: "Untuk Allah, kitab-Nya, rasul-Nya, pemerintah-pemerintah umat Islam dan orang Islam." (Riwayat Muslim)

Orang yang memberi teguran juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang ditegurnya, jangan dilabel sebagai "Cakap tidak serupa bikin". Biasanya, orang akan menilai keperibadian orang yang memberi teguran, tacit dikecam bak kata pepatah, "bagai ketam mengajar anak berjalan lurus". Jadi, orang yang menegur perlu berwaspada terhadap kata-katanya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengigatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit. Islam telah menyediakan garis panduan dalam membuat teguran.

Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya bertujuan menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk, Elakkan "memilih bulu" apabila ingin menegur; jika orang itu kita tidak suka, jangan pula kita biarkan sahaja walaupun dia patut ditegur.

Sebelum kita membuat teguran atas apa jua alas an, tiga faktor tersebut perlu diambil kira:

1.Tidak merendah-rendahkan orang yang ditegur.
2.Waktu yang sesuai untuk menegur.
3.Memahami kedudukan orang yang ditegur

Cara kita menegur juga perlu berhikmah. Kita bukan sengaja mencari-cari kelemahan dan menegur seseorang. Teguran mestilah kena pada tempat dan masanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." (Surah Al-Nahl 16: 125)

Cuba kita bayangkan, apakah yang akan berlaku jika perlakuan buruk yang kita lakukan tiada orang yang mengesan dan menegur? Atas apa juga alasan, kita akan meneruskan perbuatan itu tanpa disedari. Jika hari ini ada orang yang menegur perbuatan itu, mungkin kita dapat mengubah, hasilnya nasib kita juga mungkin berubah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tiga perbuatan yang sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah s.w.t. dalam segala situasi, saling menyedarkan antara satu sama lain dan mengasihi saudaranya (yang memerlukan)." (Riwayat al-Dailami)

Hidup seorang mukmin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. Jika kita melihat sesuatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam.

Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al-Bukhari)

Akhir kalam dari saya, marilah kita tegur-menegur secara berhikmah dan berbudi bahasa sesama kita supaya kita menjadi umat Islam yang hebat. Terimalah teguran dengan perasaan bersangka baik supaya kita dapat memperbaiki diri dan mengeratkan silaturahim antara mukmin. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas dan cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka :)

~NH

Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...