Monday, June 25, 2012

Dialog Sahabat Dgn Saidina Ali b. Abi Talib RA

Dialog antara seorang Sahabat dengan Sayyidina Ali bin Abi Talib R.A. :

Sahabat : Apakah Makhluk ALLAH yang paling hebat?

Sayyidina Ali : Yang paling hebat antara makhluk ALLAH adalah API kerana Neraka itu daripada API…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada API?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu AIR kerana AIR boleh memadamkan API…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada AIR?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu AWAN kerana AWAN lah yang menurunkan AIR…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada AWAN?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu ANGIN kerana ANGIN lah meniupkan AWAN kesana dan kemari…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada ANGIN?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu MANUSIA kerana MANUSIA itu boleh naik angin dan keluar angin…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada MANUSIA?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu MENGANTUK kerana apabila MANUSIA itu MENGANTUK maka hilanglah kuatnya MANUSIA…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada MENGANTUK?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu RUNSING kerana apabila MANUSIA itu RUNSING maka MANUSIA itu tidak boleh tidur serta MENGANTUK…

Sahabat : Yaa Ali, Adakah makhluk ALLAH yang lebih hebat daripada RUNSING?

Sayyidina Ali : Ada, iaitu ZIKRULLAH (ingat pada ALLAH)…

[Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]
----Sekadar Renungan Bersama----
--->Wallahu a'lam bissawab <----
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...