Wednesday, June 27, 2012

Musibah

"Ketahuilah, Allah sentiasa menguji kita semua untuk melihat kita adakah kita benar2 ikhlas pada-Nya di samping itu dapat melihat siapakah yang paling baik amalannya di sisi Allah.

Maka jalannya di antaranya adalah musibah, ramai orang mengeluh, bersedih dengan ujian dan musibah yang di timpakan kepadanya, Wahai jiwa yang bersedih,

tidakkah kamu mahu menjadi orang yang terbaik di sisi Allah, tidakkah kamu mahu menjadi hamba yang diterima oleh-Nya.

Renungkan : Kita umpamakan buah kelapa, untuk mendapat sesuatu yang baik daripada kelapa tersebut, kelapa itu mesti dipetik kemudian jatuh ke tanah, kemudian di kupas kulitnya, kemudian dibelah tempurungnya kemudian dimesin isinya kemudian diperah isinya untuk menjadi santan kemudian di masak sehinggalah menjadi hidangan makanan.

begitulah gambarannya kita akan sentiasa diuji oleh Allah, ketika datang ujian ingatlah kepada Allah kerana Dialah yang mendatangkan ujian dan Dialah yang menghilangkannya."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...