Wednesday, July 11, 2012

Wanita Muslimah

Memang benar zaman sekarang sudah TIDAK ADA WANITA SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang TERPILIH oleh Allah Swt dan DIJANJIKAN SYURGA...

Namun, zaman sekarang masih ada WANITA AKHIR ZAMAN yang ingin BELAJAR DAN BERUSAHA menjadi wanita SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai TAULADAN...

---

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.

Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka.

Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...