Monday, October 15, 2012

Kenali Siapakah Pencuri Dalam Solat

Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri.

Sabda Rasulullah SAW : "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka".

Maka sahabat pun bertanya: " Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka?"

Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas)." ~Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah~

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW juga bersabda:"Allah SWT tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud." ~Hadith riwayat Thabrani~

Maka marilah ahli usrah mengerjakan solat dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita semua sbg ahli usrah tidak menjadi sia-sia dan agar kita semua dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi." ~Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah~

0 comments:

Post a Comment

Thanks For Your Honest Comment. I appreciate it ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...