Thursday, September 27, 2012

Iman Dan Amal

Ustaz : Anak-anak sekelian, adakah kamu percaya bahawa orang yang sudah meninggal itu tidak boleh bergerak?

Pelajar : Tentulah, ustaz!

Ustaz : Jika begitu, beranikah kamu duduk sendirian, semalaman di bilik mayat yang dipenuhi mayat?

Pelajar : Saya tidak berani, ustaz. Mahu terkencing dibuatnya.

Ustaz : Laaa, tadi kamu kata kamu percaya orang yang sudah mati itu tidak boleh bergerak, jadi apa
yang kamu takutkan sebenarnya?

Pelajar : Pokok pangkalnya saya takut,ustaz.

Ustaz : Nah, itulah perumpamaan iman dan amal anakku, kadangkala secara sedar atau tidak sedar, seseorang itu bertindak bertentangan dengan apa yang diyakininya. Ramai orang yang meyakini kewujudan Allah, sebagai Tuhan, Penguasa Alam Semesta, termasuk ketetapan hukumNya, janji dan ancamanNya. Namun, perbuatan mereka lakukan ternyata bertentangan dengan aturan-aturan Allah.

p/s : Bagi pencinta dunia, mati adalah sebuah kecelakaan dan kesengsaraan. Sementara bagi orang yang bertakwa, mati adalah sebuah keindahan yang ditunggu-tunggu kerana ia merupakan awal pertemuan dengan kekasih Hakiki.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Friday, September 14, 2012

Bidadari: Dialog Rasulullah


Suatu hari Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah SAW, jelaskan padaku huurun 'inn?"

Jawab Nabi SAW: "Huurun sangat jelas putih dan hitam serta bulat matanya. Bahkan bulu matanya bagaikan sayap burung."

Ummu Salamah: "Fihinna khairaatun hisaan?"

Rasulullah SAW: "Baik akhlak budi pekertinya dan cantik wajahnya."

Ummu Salamah: "Ka annahunna baidhum-maknuunun?"

Rasulullah SAW : "Halus kulitnya bagaikan putih telur yang ada di dalam telur."

Ummu Salamah: "Uruban atraaba?"

Rasulullah SAW : " Mereka yang mati di dunia telah tua Bangka dan tidak bergigi, kulit  yang keriput akan diciptakan Allah SWT menjadi gadis cantik yang sangat disayangi, dan semua sebaya usianya."

Ummu Salamah: "Ya Rasulullah SAW, wanita di dunia lebih afdhal ataukah bidadari?"

Rasulullah SAW: "Wanita di dunia lebih afdhal daripada bidadari, kelebihannya yang di luar daripada di dalam.

Ummu Salamah: "Mengapa demikian?"

Rasulullah SAW: "Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah Azza wa Jalla.Allah Ta' member mereka kecantikan dari nur di wajahnya dan badannya bagaikan sutera halus, putih kulit, berbaju hijau, perhiasannya kuning berhiaskan permata,sisirnya dari emas sambil bernyanyi, "Kamilah yang kekal, tidak akan mati selamanya, kami tetap ada tidak akan pergi untuk selamanya, bahagialah orang yang mendapatkan kami, dan kami untuknya."

Ummu Salamah: " Ya Rasulullah, seorang wanita yang kahwin dua, tiga, empat kali kemudian ia mati dan masuk syurga, suaminya pun masuk syurga, ia yang mana?"

Rasulullah SAW: "Ia diberi hak memilih, kemudian ia memilih yang terbaik akhlak dan budI pekertinya.Dan berkata, " Inilah yang terbaik akhlaknya,maka kahwinkanlah
aku dengannya. : hai ummu Salamah, baik budi dan akhlak itu telah memborong keuntungan dunia dan akhirat".
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Thursday, August 30, 2012

Isu Gangnam Style

Isu Gangnam Style :

1- Sejak video Gangnam Style diupload pada 15 Julai 2012 di Youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=9bZkp7q19f0), seramai 74,798,987 yang telah menonton. Itu di Youtube sahaja. Di televisyen? Radio? Bahkan jumlahnya berganda-ganda.

2- Artis Hollywood ramai yang puji. Kata mereka tarian kuda oleh PSY itu unik. PM Najib Razak pun tumpang semangkuk. Update di twitter tanya pendapat rakyat kenapa lagu ini jadi fenomena.

3- Apa jua parody yang melibatkan Gangnam Style di Youtube ianya ditonton jutaan manusia. Parody 1 : Byuntae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=G-eCB6R5tCM). Diupload 1 minggu lepas, dan kini ditonton 4.7 juta manusia. Parody 2 : Hondae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=TmIlbyLIcKg). Diupload pada 3 minggu lepas, kini ditonton 2.1 juta manusia di Youtube.

4- Bukan sahaja parody dari warga Korea, bahkan ianya dibuat pelbagai versi mengikut negara. Contoh : Singaporean Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=VFqLy27OSd4), upload 2 minggu lepas, yang menontonnya 800k. Contoh 2 : Chicago Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=2ik9N1a9A1E), ditonton 746k..

5- Rakyat Malaysia pun tumpang juga fenomena ini. Yang takdek kena mengena dengan menari kuda pun menggunakan nama yang sama. Maka muncullah video Suasana Gangnam Raya (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=VGq35nHO95s). Diupload 6 hari lepas, ditonton 866k..

6- Ada 1 lagi video dari Malaysia. Diupload 2 hari lepas. Orang Sabah Style. 2 hari je video ini telah ditonton seramai 547,301 manusia. (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=xUNb4yBz9Ck)

7- Ada lagi yang lain. Korang cari sendiri. Taip je Gangnam Style di Youtube, pasti macam-macam yang keluar.

8- Apa erti semua ni? Pertama, ia bukti jelas Gangnam Style menjadi fenomena masyarakat antarabangsa, seperti yang aku nyatakan di atas.

9- Kedua, walaupun video yang diupload takdek pun tarian kuda, ia tetap akan ditonton oleh ratusan bahkan jutaan manusia. Dengan syarat, kau letak je Gangnam Style Raya, Suasana Gangnam Raya dan lain2. Bila orang search Gangnam Style, menempel la video yang kau upload tu. Padahal kau menari poco-poco je.

10- Ketiga, Korea terus mendominasi muzik di peringkat antarabangsa. Kpop satu hal, kini demam Tarian Kuda pula. Budak Melayu Islam pun ikut. Alahai..

11- Ok, cukup ulasan Bab lagu. Sekarang nak masuk bab lain pula. Respon masyarakat muslim Malaysia.

12- Ada yang obses akan tariannya, yang sekadar ambil tahu dan yang ketiga melahirkan kekecewaan terhadap penerimaan Umat Islam Malaysia akan lagu ini.

13- Dari kekecewaan itu, maka muncullah 1 poster di facebook yang memaparkan 2 situasi, Gangnam Style & Solat/Tahajud Style.. Mereka gambarkan Umat Islam mudah ikut Style yang menghancurkan umat islam itu sendiri. Sedangkan style dalam agama Islam dah cukup bagus.

14- Melalui komen di Youtube pula, ada pula yang komen sebegini : "manusia akhir zaman .. tak sedar apa yg sedang mereka minat dn suka .. jadi manusia biar berfkr .. tarian gangnam style unsur pemujaan dan gaya tarian penuh maksiat .. itu ka manusia suka ?? fkr la beb..". Korang boleh check dalam video Sabah Style.

15- Aku tak pelik jika respon2 sebegini muncul. Itu biasa di Malaysia. Setiap orang berbeza sudut pandangan mereka. Kita raikan dan hormati pandangan mereka.

16- Bagi remaja2 Muslim yang meminati lagu ini, apa kata mereka? Sudah pasti mereka akan kata kami layan je. Bukan tiru pun. Dan mereka akan nampak agama hanya tahu menghukum. Walhal Islam tidak begitu. Itu belum lagi diambil kira pandangan non muslim. Jawapan balas dari video Gangnam Sabah tu :

"Ustat2. sudah la, bawa2 la cermin diri sendiri. sy ni mmg2 confirm masuk neraka sudah.. tp saya tidaklah sebiadab kau.. Klau ada yg tdk btul tegur baik2. Klau sdh mmg orang tidak blh terima nasihat kau then retreat kepada Tuhan. Minta dia tolong kasi btul. (Klau la) Ni perangai xda beza dgn orng yg confirm masuk neraka. Fikir2 la Ustat. Bykkan berzikir, sedekah, taubat.. pergi tlng orng d syria, palestin. PBB perlu volunteer. Ckup2 la jadi keyboard warrior,, ni smua video kau jd keyboard warrior" Nampak tak apa aku nampak? Pendekatan sesetengah dari kita salah.

17- Alangkah baiknya kita sebagai Umat Islam memanipulasi Fenomena Gangnam Style ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Manipulasi? Macam mana tu. Baik, aku terangkan.

18- Caranya mudah, hasilkan sahaja video berunsur islamik dan kau letakkan tajuk Gangnam Style Hijab. Cuma kau lihat beberapa hari sahaja video kau akan ditonton ratusan ribu manusia. Walhal kau hanya hasilkan tutorial memakai tudung sahaja.

19- Banyak lagi video yang boleh dibuat. (Gangnam) Style Solat Khusyuk, (Gangnam) Style Negara Kebajikan dan macam2 lagilah. Isi video bukan menari sama macam video asal, kau hanya gunakan tajuk itu sahaja untuk menarik jutaan penonton di Youtube. Kalau fenomena ini dah kurang, edit je la tajuk tu kepada yang kau kehendaki. Pokok pangkalnya MANIPULASI ia untuk Islam.  

20- Percayalah, fenomena seperti ini jangan dibiarkan begitu sahaja. Manfaatkan semaksimum mungkin. Pedang lawan pedang, bom lawan bom, video lawan video!

21- Akhir kata : Islam itu Cool! Jangan nampakkan Islam itu rigid.
Salam Kemerdekaan ke 55.
Sebangsa Senegara Sejiwa
Janji Dicapati.

Wassalam.
By: Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Friday, August 24, 2012

Solat Sunat Rawatib

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian :
Sunat Rawatib yang "Muakkad"
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Zohor?
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4 Rakaat sebelum Solat Asar.
2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :

 

عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة

(متفق عليه)

Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."

(Muttafaq ?alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قَبْلِيَّةً
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Tuesday, July 24, 2012

Kasih Allah kepada Hambanya

Bila ALLAH KASIH pada seorg maka ALLAH kurnia mereka Islam
yakni mengenal ALLAH.

Jika ALLAH lebih kasih lagi maka ALLAH kurnia pada mereka kefahaman Islam, nilai & amalan dlm Islam.

Jika ALLAH kasih lagi maka dikurniakan kepada mereka kerisauan atas org lain supaya dtg kepada ALLAH & sanggup
gorbankan nyawa mereka utk manusia dtg pada agama.

Kerana itu Nabi yg plg ALLAH kasih ialah Nabi Muhammad SAW. Walau umur pendek tapi beliau tanggung umat & jangka masa yg besar dgn pengorbanan plg besar banding Nabi yg lain.

Beruntung & bertuah mereka dlm bulan mubarak ini dipilih ALLAH utk kasihi umat & dijadi asbab manusia dtg pada agama.

Suatu zaman dahulu seorg Ulama yg punyai lebih 30k murid yg semua telah menjadi hafiz & alim. Semasa hendak tunaikan haji, guru telah melihat seorg kristian dgn pandangan hina.

Ditakdirkan ALLAH beliau tlh jatuh cinta dgn anak org tadi. Beliau suruh muridnya terus perjalanan. Dia tlh murtad & jaga babi selama 10 tahun sblm berkhwin dgn anaknya.

Seluruh ilmunya tlh hlg cuma tinggal 1 ayat AL-QURAN di dadanya.

Semua pelajarnya tlh menangis pada ALLAH & minta hidayat utk gurunya. Berkat kasih syg & tangis pelajarnya, ALLAH beri hidayat kepada guru tadi. Dia tlh taubat & menyesal dgn 1 silapnya.

Utk itu jgn pandang rendah pada kebaikan / keburukan. Lihat dgn belas & kasih syg. Bukan benci & hinaan.

Nabi SAW lihat yahudi & nangis
kerana kasihan.

Umar tgk rahib nangis. Bila ditanya. Umar jwb mereka baik tapi akan dibakar dlm neraka. Kita tak tahu nasib kita. Utk itu kita jgn pndg rendah pada manusia.

Mula dakwah dgn anggap kita hina, kotor, tak layak & tiada apa2. Kita diberi sedikit peluang kenal Nabi SAW. Kita tak pernah layak. Tapi ALLAH mulia kita dgn Sunnah Nabi SAW. Kita dapat sedikit kemuliaan ini hanya kerana Sunnah Nabi SAW.

Oleh itu pujuk rayu manusia dgn kasih syg. Ya ALLAH ampun dosa kami semua & jadikan hidup kami sehingga akhir hayat kami spt Sahabat. Semoga ALLAH bagi kita faham
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...