Tuesday, July 24, 2012

Kasih Allah kepada Hambanya

Bila ALLAH KASIH pada seorg maka ALLAH kurnia mereka Islam
yakni mengenal ALLAH.

Jika ALLAH lebih kasih lagi maka ALLAH kurnia pada mereka kefahaman Islam, nilai & amalan dlm Islam.

Jika ALLAH kasih lagi maka dikurniakan kepada mereka kerisauan atas org lain supaya dtg kepada ALLAH & sanggup
gorbankan nyawa mereka utk manusia dtg pada agama.

Kerana itu Nabi yg plg ALLAH kasih ialah Nabi Muhammad SAW. Walau umur pendek tapi beliau tanggung umat & jangka masa yg besar dgn pengorbanan plg besar banding Nabi yg lain.

Beruntung & bertuah mereka dlm bulan mubarak ini dipilih ALLAH utk kasihi umat & dijadi asbab manusia dtg pada agama.

Suatu zaman dahulu seorg Ulama yg punyai lebih 30k murid yg semua telah menjadi hafiz & alim. Semasa hendak tunaikan haji, guru telah melihat seorg kristian dgn pandangan hina.

Ditakdirkan ALLAH beliau tlh jatuh cinta dgn anak org tadi. Beliau suruh muridnya terus perjalanan. Dia tlh murtad & jaga babi selama 10 tahun sblm berkhwin dgn anaknya.

Seluruh ilmunya tlh hlg cuma tinggal 1 ayat AL-QURAN di dadanya.

Semua pelajarnya tlh menangis pada ALLAH & minta hidayat utk gurunya. Berkat kasih syg & tangis pelajarnya, ALLAH beri hidayat kepada guru tadi. Dia tlh taubat & menyesal dgn 1 silapnya.

Utk itu jgn pandang rendah pada kebaikan / keburukan. Lihat dgn belas & kasih syg. Bukan benci & hinaan.

Nabi SAW lihat yahudi & nangis
kerana kasihan.

Umar tgk rahib nangis. Bila ditanya. Umar jwb mereka baik tapi akan dibakar dlm neraka. Kita tak tahu nasib kita. Utk itu kita jgn pndg rendah pada manusia.

Mula dakwah dgn anggap kita hina, kotor, tak layak & tiada apa2. Kita diberi sedikit peluang kenal Nabi SAW. Kita tak pernah layak. Tapi ALLAH mulia kita dgn Sunnah Nabi SAW. Kita dapat sedikit kemuliaan ini hanya kerana Sunnah Nabi SAW.

Oleh itu pujuk rayu manusia dgn kasih syg. Ya ALLAH ampun dosa kami semua & jadikan hidup kami sehingga akhir hayat kami spt Sahabat. Semoga ALLAH bagi kita faham
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Monday, July 16, 2012

Kelebihan Puasa Secara Umum

Kelebihan atau fadhilat puasa secara umum - sama ada yang wajib atau yang sunat - diterangkan dalam hadith yang berikut:


2- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلَّا الصِّيَامَ هُوَ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ. (رواه مسلم)

2- Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Azza wa Jalla berfirman maksudnya: "Segala amal bakti anak Adam adalah untuknya, kecuali amalan puasa, (maka) ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya (dengan balasan yang sebaik-baiknya) .."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

Oleh kerana amalan puasa (yang wajib dan yang sunat) itu dikerjakan secara tertutup antara seseorang dengan Tuhannya berdasarkan ikhlas semata-mata - berbanding dengan amal-amal bakti yang lain yang dikerjakan secara terbuka, maka amalan puasa yang demikian amatlah besar pahalanya dan hanya Allah jua yang dapat menilai dan memberi balasan yang sepadan dengannya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Sunday, July 15, 2012

Hukum Makan Dgn Tgn Kiri

Dari Abdullah bin 'Umar radhiallahu anhuma bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

"Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaknya dia makan dengan tangan kanannya. Jika dia minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya. Karena setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula." (HR. Muslim no. 3764)

Dari 'Umar bin Abi Salamah radhiallahu anhu dia berkata: Dulu aku adalah anak kecil yg berada di bawah pengasuhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ketika makan, tanganku berpindah-pindah kesana kemari di atas piring. Maka beliau bersabda kepadaku:

"Wahai nak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah yang ada di dekatmu." (HR. Al-Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)

Salamah bin Al-Akwa' radhiallahu anhu dia berkata:"Ada seorang laki yg makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dgn tgn kirinya. Maka Rasulullah bersabda, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Dia menjawab, "Aku tidak boleh." Beliau bersabda, "Semoga kamu tidak boleh?" -padahal tak ada yg mencegah dia makan dgn tgn kanan kecuali karena sombong-. Setelah itu tgnnya tak blh dia angkat sampai ke mulutnya." (HR. Muslim no. 2021)

Penjelasan ringkas: Dalil di atas tegas tunjukkan haramnya makan dgn tgn kiri dari beberapa sisi:

1.Perintah makan dgn tgn kanan & hukum asal perintah adalah wajib. Bahkan dlm hadits riwayat Ahmad no. 16756 disebutkan bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda kepada seorg wanita: "Janganlah kamu makan dengan tangan kirimu, padahal Allah Tabaraka wa Ta'ala telah menciptakan tangan kanan untukmu."(Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Jilbab Al-Mar`ah Al-Muslimah no. 71)

2.Makan dgn tgn kiri menyerupai setan,  seorg muslim diharamkan utk menyerupai orang kafir, apalagi setan.

3.Nabi doakan kecelakaan kepada org yg makan dgn tgn kirinya. Seandainya hukumnya bukan haram, tidak mungkin beliau shallallahu alaihi wasallam mendoakan kecelakaan atasnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Malaikat memberi penghormatan kepada Mu’awiyah

Anas bin Malik R.A. berkata, "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W berada di Tabuk, maka terbitlah matahari yg mana cahayanya belum pernah terlihat spt itu sblmnya. Jauhnya cahaya itu dari Rasulullah dgn kota Madinah ialah sebulan perjalanan.

Maka dalam keadaan matahari yg redup itu, turunlah malaikat Jibrail ke bumi". Apabila melihat kedatangan Jibrail, maka Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibrail, kenapa matahari ini terbit dlm keadaan redup?"

Malaikat Jibrail menjawab, "Matahari hari ini nampak seperti redup adalah kerana terlampau byknya sayap para malaikat".

Rasulullah terkejut lalu bertanya, "Apa halnya maka terjadi yg sedemikian?" Kata Jibrail, "Ini adalah kerana Mu'awiyah meninggal dunia di Madinah, lalu Allah telah mengutuskan sebyk 70,000 malaikat supaya membaca selawat utk Mu'awiyah".

Rasulullah yg kehairanan bertanya lagi, "Apakah sebabnya?" Maka Jibrail pun menjawab, "Ini adalah kerana Mu'awiyah selalu byk membaca 'Qul huallahu Ahad' (surah Al-Ikhlas) pada waktu malam, siang, berjalan, berdiri, duduk, pergi & balik pada setiap keadaan".

Malaikat Jibrail menambah lagi, "Ya Rasulullah, mahukah kamu jika aku menggenggam bumi ini supaya bumi dpt membaca selawat utk Mu'awiyah?" Rasulullah berkata, "Ya Jibrail, teruskanlah".

Setelah mendapat perintah dari Rasulullah, maka malaikat Jibrail pun memukul kedua belah sayapnya pada bumi sehingga bumi menjadi sempit.

Kemudian diangkatnya sehingga Rasulullah dapat melihat di belakangnya diiringi oleh malaikat yg berbaris-baris. Setiap satu baris itu terdapat 70,000 para malaikat.

Setelah itu Rasulullah pun mengerjakan solat utk Mu'awiyah. Rasulullah bersabda, "Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka mayatnya tidak akan busuk di dalam kubur dan dia akan selamat dari kesempitan kubur. Para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian Siratul Mustaqim menuju ke syurga".
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Friday, July 13, 2012

ALLAH S.W.T MEMBERI PERHATIAN KHAS KEPADA HAMBANYA YANG SENTIASA MENGINGATINYA.

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman "Aku bersama hambaku selagi dia mengingatiku dan kedua bibir mulutnya bergerak menyebutku" (Riwayat Ahmad melalui Abu Hurairah r.a.)

Allah S.W.T. bersama hambanya dimana sahaja mereka berada:
Hadid [4] ... Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Tidak perlulah difikirkan bagaimana Allah S.W.T. bersama dengan hambanya kerana Allah tidak bertempat. Allah meliputi seluruh alam sepertimana ruh (nyawa) meliputi seluruh badan. Nyawa atau ruh bukan terletak dijantung, cuma sistemnya berada disitu.

Dalam hadith qudsi di atas Allah S.W.T. berfirman bahawa dia bersama hambanya selagi mereka berzikir kepadanya, ini bermaksud Allah S.W.T. memberikan perhatian yang khas kepada mereka.

Zikir pula terbahagi kepada dua jenis iaitu zikir secara senyap (dalam hati) dan zikir secara nyaring (melalui mulut).

Dalam ilmu tarikat pada permulaanya, guru akan mengajar muridnya berzikir secara nyaring. Apabila zikir itu sudah melekat dalam hatinya barulah mereka berzikir secara senyap.

Bahkan hati kita juga tidak dapat mengingati Allah kecuali dengan kehendaknya.

Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat). (Al-Muddaththir:56)

Sesiapa yang dibenci Allah akan dijadikan penyembah berhala dan kafir. Mereka ini langsung tidak dapat mengingati Allah.

Maidah [60] Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

Bersabar dan Bersyukurlah

Sahabat yg dimuliakan sekalian, majulah dlm menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yg manis sdg menunggu kita.

Ingatkan teman yg lain & ingatkan diri kita sendiri. Moga Allah S.W.T. memberi taufiq ke atas diri kita & dikurniakan kejayaan diatas amalan yg dilakukan.

Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya, sesungguhnya Allah mengetahui tahap kesanggupan setiap hamba-hambanya.

"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Thursday, July 12, 2012

PANDUAN PEMAKANAN UNTUK IBU MENGANDUNG PADA BULAN RAMADHAN

PANDUAN PEMAKANAN UNTUK IBU MENGANDUNG PADA BULAN RAMADHAN

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Wednesday, July 11, 2012

Wanita Muslimah

Memang benar zaman sekarang sudah TIDAK ADA WANITA SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah kerana mereka adalah orang-orang TERPILIH oleh Allah Swt dan DIJANJIKAN SYURGA...

Namun, zaman sekarang masih ada WANITA AKHIR ZAMAN yang ingin BELAJAR DAN BERUSAHA menjadi wanita SOLEHAH yang setegar Khadijah, selembut Aisyah dan seteguh Siti Fatimah dengan menjadikan mereka sebagai TAULADAN...

---

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.

Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka.

Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

"Kun" - Jadilah

Bila Allah berkehendak untuk mengadakan atau menciptakan sesuatu, Allah hanya mengucapkan satu perkataan yang bersifat perintah, iaitu 'kun', yang ertinya 'jadilah'. Dengan mengucapkan kata kata 'kun' itu, maka tercipta apa yang dikehendaki Allah.

Dengan cara begitu, maka terciptalah bumi dengan lautan dan daratannya, bergunung ganang dan jurang, lengkap dengan tumbuh tumbuhan dan segala jenis haiwannya.

Terciptalah matahari dengan cahayanya yang terang benderang, bulan dengan sinarnya yang berkemilauan, dan bintang bintang dengan cahayanya yang gemerlapan. Semuanya beredar diangkasaraya dengan peredaran yang teratur, menurut sunnah (penetapan) Ilahi yang mencipta dan mengaturnya, tanpa cacat celanya.

Kemudian diciptakan Allah pula para Malaikat yang selalu patuh menjalankan segala perintah Allah yang menciptanya, mengerjakan ibadat dan tugas masing masing yang sudah ditetapkan Allah bagi mereka. Diantara mereka ada yang menjadi penjaga bumi, penjaga langit, menurunkan hujan, dan ada pula yang menjadi Pesuruh Allah, sebagai perantara antara Allah dengan makhlukNya. Dalam menjalankan berbagai tugas itu, mereka selalu bertasbih mensucikan Allah.

Setiap sesuatu yang kita lihat sekarang ini dahulunya belumlah ada, dahulu tidak ada manusia dan binatang, tidak ada tumbuh tumbuhan, tidak ada bumi matahari, bulan dan bintang. Dengan kudrat dan iradatNya Allah lalu menciptakan segala apa yang ada dan kita lihat sekarang ini.

Diciptakan Allah langit dan bumi dan apa yang terdapat antara keduanya didalam waktu enam hari. Hari yang bukan bererti siang dan malam seperti yang lazim kita pergunakan sekarang ini. tetapi had yang bererti proses pertumbuhan atau masa, yang lamanya mungkin beribu ribu atau berjuta juta tahun lamanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Tuesday, July 10, 2012

BerDoa Lah kepada Tuhan Mu

Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan". (Riwayat Tirmizi)

Huraian:

Doa adlh permohonan / pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dgn Allah SWT & setiap rintihan yg dimohon akan didgr Allah. Allah SWT tak suka kepada umatnya yg tak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-A'raaf ayat 55-56: Maksudnya: "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik."

Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat hingga mampu mengubah takdir Allah & alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dpt memanjangkan umur seseorang. Di saat manusia tak dapat lagi berbuat apa-apa, slps habis daya usaha & tiada sesiapa lagi yg mampu memberi bantuan yg diperlukan, ketika itu manusia akan sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tak dapat dipisahkan drpd Allah SWT.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Sunday, July 8, 2012

Mencintai Isteri Cara Rasulullah

Mencintai Isteri Cara Rasulullah

Rasulullah SAW sangat mencintai dan lembut pada isteri-isterinya. Berikut adalah contoh sikap luar biasa baginda yang harus diteladani oleh setiap suami:

1. Rasulullah SAW tidak pernah menyusahkan isterinya.

Jika pakaiannya koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa menyuruh isterinya.

Rasulullah SAW selalu bertanggung jawab mencari nafkah untuk keluarganya. Contoh: Rasulullah SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Rasulullah SAW tidak segan membantu isterinya di dapur.

Contoh: Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Rasulullah SAW menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Rasulullah SAW sering memanggil isterinya dengan panggilan mesra. Contoh: Aisyah r.a. dipanggil dengan panggilan Khumaira (yang kemerah-merahan) oleh beliau.

3. Rasulullah SAW tidak pernah mendesak isterinya menyediakan makanan.

Contoh: suatu ketika, Rasulullah SAW pulang pada waktu pagi. Beliau pasti sangat lapar saat itu. Tetapi dilihatnya tidak ada apapun untuk sarapan, bahkan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka baginda bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"

Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit pun tergambar raut kesal di muka beliau.

4. Rasulullah SAW sangat marah ketika melihat seorang suami sedang memukul isterinya.

Contoh: suatu saat beliau melihat seseorang memukul isterinya. Baginda menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"

Orang itu menjawab, "Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap berdegil juga, jadi aku pukul dia."

Rasulullah SAW berkata lagi, "Aku tidak menanyakan alasanmu, aku bertanya mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu dari anak-anakmu?"

5. Rasulullah SAW tetap lembut dan santun kepada isteri.

Rasulullah selalu memperlakukan isterinya sangat istimewa sekalipun baginda adalah pemimpin umat Islam tertinggi, bahkan saat itu adalah pemimpin terbesar di dunia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Sunday, July 1, 2012

Kewajipan Menuntut Ilmu

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

"Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya ALLAH SWT melapangkan (segala halnya) untuk kamu.

dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya ALLAH SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu,dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama

(dari kalangan kamu)-beberapa darjat. dan (ingatlah), ALLAH SWT Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
(surah al-Mujadalah:11)

huraian

menuntut ilmu merupakan satu tuntutan syarak kepada setiap umat islam. ia menjadi pra-syarat untuk melahirkan manusia yang bertamadun.

ia juga boleh dijadikan ukuran ketinggian kepada sesuatu bangsa. orang yang berilmu akan di angkat darjatnya oleh ALLAH kerana kemuliaan manusia diukur melalui ilmu yang ada pada dirinya.

seseorang yang memiliki ilmu hendaklah memiliki amanah. kerana tanpa sifat amanah ilmu yang dimilikinya boleh memusnahkan dirinya atau orang lain.

ilmu yang dimiliki itu hendaklah diamalkan serta disebarkan untuk manfaat kehidupan manusia lain di dunia ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>

ALLAH MAHA PEMAAF DAN PENGAMPUN

ALLAH MAHA PEMAAF DAN PENGAMPUN

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

---------------------------------------

Wahai pemuda pemudi, sedarlah diri
Tuhan Arasy sedang melihatmu
Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?

Neraka Sa'ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat
Buatlah maksiat semahu-mahu... nanti badanmu api menjilat.

Dengarlah nasihatku, maksiat jangan didekat

Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat

Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera bertaubat.

- Syair Imam Hassan al-Basri
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Read More >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...